Sunday, January 2, 2011

Cara Pengiraan Pinjaman Perumahan @ Housing Loan

Seperti yang diketahui pengiraan untuk housing loan adalah tidak sama dengan loan kereta..

Ini kerana loan rumah adalah berdasarkan kepada BLR manakala loan kereta adalah fixed rate...

Hari ini ada terjumpa satu website untuk membuat pengiraan jumlah bayaran bulanan loan rumah tersebut.


Selain website ini ada banyak lagi website yang menyediakan pengiraan bagi housing loan...

Taip aje  "amortization schedule calculator" kat google ke yahoo...

Jadi untuk memudahkan pengiraan seperti berapa jumlah bayaran bulanan yang akan dikenakan, kita hanya perlu isi kan maklumat dalam ruang tersebut

Contohnya macam ni :

i)                    Loan amount           -           Masukkan jumlah amoun loan yang akan dibuat. Cth nak buat loan RM100,000 jadi masukkan dalam loan amount jumlah 100,000

ii)                   Credit Score           -           Pilih good

iii)                 Interest Rate           -           Contohnya BLR pada masa ni 7%, kemudian bank akan offer BLR   – 0.5. Jadi 7.0 – 0.5 = 6.5 (BLR ini akan berubah dari semasa. Then rate sama ada (-) atau (+) adalah bergantung kepada bank.)

iv)                 Loan term              -           Letak berapa tahun kita nak buat pinjaman itu. Contohnya nak ikat  dengan bank selama 30 tahun jadi letak 30

v)                  Start date               -           Letak bila nak mula bayaran ansuran loan rumah tersebut

vi)                 Show result by       -           Pilih samaada kita nak tengok jadual bayaran  dia dalam bentuk  tahunan atau bulanan. Kalau dalam tahun dia akan tunjukkan berapa jumlah yang telah dibayar dalam masa setahun itu.

vii)               Then tekan butang Calculate

Lepas itu keluar ini.....................



Lepas sudah keluar page di atas apa yang penting tengok bahagian loan summary itu....

Semua maklumat penting ada dinyatakan di situ....

So, ansuran bulanan sebanyak RM632.07 sebulan dan jika kita mula membayar pada bulan Janurai 2011, jadi ansuran tersebut akan tamat pada Disember 2040 (lama jugak tu kan).... Jadi tunggu apa lagi cepat-cepatla beli rumah sekarang....heheheh






2 comments: